Apakah iPhone 5 Bakal Dilancar 12 September?

Apakah iPhone 5 Bakal Dilancar 12 September?

Apple dijangka akan melancarkan telefon bimbit pintar yang dinantikan banyak pihak, iPhone 5 pada Rabu depan di San Francisco.

Ini berikutan email jemputan media yang dibuat pihak berkenaan pada tarikh itu memperlihatkan gambar dengan mesej “Ia semakin hampir tiba” dengan lambang 12 tetapi memiliki bayang nombor 5.

Bayang 5 itu seolah-olah memberikan gambaran berbentuk teka-teki bahawa program pada tarikh 12 September itu akan memperlihatkan kehadiran iPhone 5.

Beberapa maklumat yang bocor sebelum ini membayangkan iPhone 5 akan memiliki skrin sesentuh yang lebih luas berbanding model sedia ada.

Telefon pintar baru itu dijangka akan berada di pasaran Amerika Syarikat dalam penghujung bulan ini.

Namun, belum ada sebarang maklumat jika benar ia dilancarkan pada 12 September, bila ia akan mula memasuki pasaran Asia.

Mungkin ia akan dibuat serentak.

Add Comment


*