Anggota TUDM Maut Dilanggar Di Kuantan

Anggota TUDM Maut Dilanggar Di Kuantan

KUANTAN – Seorang anggota wanita Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang berjalan kaki, maut selepas dilanggar sebuah kereta di Simpang 3, Jalan Tebuan 7, Kem Batu 10 di sini, malam Jumaat.

Mangsa, Jasmelia Jafari, 27, cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 9.40 malam itu, mangsa sedang berjalan sendirian di kawasan kem itu.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika kereta yang dipandu seorang lelaki telah terlanggar mangsa. Mangsa yang cedera teruk dibawa ke HTAA untuk rawatan bagaimanapun, dia disahkan mati pada 11.20 malam tadi,” katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.- BERNAMA

Add Comment


*