Acu Pisau Di Leher Sebelum Rogol

Screen Shot 2013-05-22 at 9.32.41 PM

 

Kuala Lumpur – Diacu pisau di leher sebelum dirogol pekerja mesin rumput. Begitulah nasib menimpa seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dirogol seorang lelaki yang tugasnya memotong rumput di kawasan rumah majikan mangsa di ibu kota, kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 34 tahun sedang menonton televisyen manakala majikannya keluar dan anak majikan dalam bilik di tingkat atas.

Sumber polis berkata, lelaki warga Bangladesh itu difahamkan berlegar-legar di perumahan itu sejak beberapa hari lalu dan mangsa tidak pernah bercakap atau mengenali lelaki itu.

Katanya, pada hari kejadian, mangsa berada di dalam rumah dan tanpa disedari lelaki terbabit menyelinap melalui pintu kaca belakang tidak berkunci. – myMetro Online

Add Comment


*