5 Juta Unit, Jualan iPhone Catat Rekod Tertinggi

 

NEW YORK – Telefon pintar terbaru, iPhone 5 mencecah rekod jualan tertinggi sejak dilancarkan minggu lalu kepada lima juta unit, demikian menurut Apple hari ini.

Namun angka itu di bawah angka unjuran dan memberi tekanan kepada syarikat untuk melonjakkan harga sahamnya. Harga saham Apple semalam ditutup kepada penurunan 1.46 peratus kepada AS$689.88 selepas sahamnya melonjak minggu lalu.

Data jualan terbaru itu masih memberi impak negatif kerana jangkaan awal angka jualan akan mencecah kepada 10 juta unit.

Namun, beberapa pihak berpendapat Apple kini berdepan dengan masalah stok penghantaran.

“Kami percaya ini adalah kes klasik apabila jangkaan awal semakin menjadi realiti.

“Kami mendapati adalah tidak wajar sesetengah menganalisis memberi jangkaan tidak bertanggungjawab yang tidak mengambil kira arah aliran permintaan yang realistik serta kekangan penghantaran yang dihadapi Apple,” kata penganalis, Shaw Wu dari Sterne Agee. – AFP

Add Comment


*