22 Orang Maut, Bas Terjunam Dalam Gaung

Bas Terjunam Dalam Gaung, 22 Maut

 

LIMA – Sebuah bas penumpang yang sedang dalam perjalanan di Peru terjunam ke dalam gaung, membunuh 22 orang dan mengakibatkan 16 yang lain cedera, lapor agensi berita tempatan.

Agensi berita Andina melaporkan, terdapat dua warga asing yang terkorban iaitu seorang jurutera Sepanyol yang berkerja di negara itu dan pelancong Venezuela. Kemalangan itu berlaku berhampiran bandar Huarmaca, kira-kira 850 kilometer dari utara Lima.

Laporan awal menyatakan, keadaan kabus pada ketika itu menjadi punca utama nahas. – AFP

Add Comment


*