2 Ribu Tiket Lawak Ke Der 2, Habis Dijual

2 Ribu Tiket Lawak Ke Der? 2 Habis Dijual

Istana Budaya (IB) nampaknya boleh terus bergantung harap pada syarikat seperti NRG Enterprise yang menerbitkan Lawak Ke Der 2 yang terbukit dapat menarik minat penonton lebih-lebih lagi apabila hampir 2 ribu tiketnya sudah habis dijual.

Mungkin sambutan menggalakkan ini dapat memberi satu sinar kepada kesuraman kalendar Istana Budaya tahun ini dengan khabar tujuh program yang telah menarik diri.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Juhari Shaarani berkata, dia mengharapkan agar kutipan kali ini mampu membuat IB pecah panggung dan lebih baik dari Lawak Ke Der? musim pertama.

Datuk Juhari turut berharap agar para pelawak untuk menyelitkan mesej-mesej yang mampu memberikan teladan kepada penonton.

Ini kerana penggunaan bahasa dan aksi mereka memainkan peranan yang penting kerana persembahan ini akan ditonton oleh pelbagai peringkat umur.

Sementara itu, Lawak Ke Der 2 masih mengekalkan pelawak-pelawak seperti Harith Iskander, Afdlin Shauki, Johan, Zizan, Harun Salim Bachik dan Nabil selaku pengacara.

Lawak Ke Der 2 dipentaskan pada 28,29 dan 30 September serta 1,2 dan 3 Oktober.

Tiket boleh didapati menerusi www.ticket2u.biz atau hubungi  03- 41478600.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Add Comment


*