155 Orang Terima PhD Pada Konvokesyen Ke-25 UUM

155 Terima PhD Pada Konvokesyen Ke-25 UUM

 

SINTOK – Seramai 155 orang hari ini dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah (PhD) termasuk 32 penerima PhD Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada konvokesyen ke-25 Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini.

Jumlah tersebut meningkat mendadak berbanding pada konvokesyen ke-24 tahun lepas apabila hanya sembilan orang sahaja menerima PhD dan empat menerima DBA.

Bagi tahun ini, 85 penerima PhD adalah warga asing dan warga Malaysia cuma 47 orang, manakala 20 penerima DBA adalah rakyat Malaysia dan tiga lagi warga asing.

Pro-Canselor UUM, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh yang merasmikan konvokesyen tersebut menyampaikan anugerah pada sesi pertama konvokesyen itu yang dijadualkan berlangsung sehingga Rabu ini.

Sejumlah 1,690 orang graduan termasuk 1,490 orang menerima ijazah Sarjana dan 39 menerima Diploma. – BERNAMA

Add Comment


*