Zain Saidin Memang Sweet! – Che Ta

KUALA LUMPUR – Tindakan pelakon lelaki, Zain Saidin yang meluahkan rasa cintanya di profil Instagram kepada pelakon wanita, Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta memang diketahui oleh pelakon wanita yang cantik itu.

Namun, Che Ta enggan memberikan sebarang reaksi yang lebih kerana tindakan itu dilakukan oleh Zain dan bukan dari dirinya.

Pun begitu, Che Ta menyifatkan Zain sebagai seorang yang ‘sweet’ dan ‘gentleman’ memandangkan lelaki itu berani meluahkan perasaan hati kepada umum.

Kata Che Ta, tindakan Zain itu tidak lebih untuk menarik perhatian dari dirinya.

“Mengenai apa yang Zain tulis dan nyatakan di Instagram dia, itu saya memang tahu. Tetapi saya tidak boleh nak ulas apa-apa sebab itu Instagram dia. Lagipun itu semua dia yang buat bukan saya, jadi awak kena tanya sendiri perkara ini pada dia

“Tetapi saya akui, apa yang dia lakukan itu memang sangat gentleman, so sweet! Pada saya apa yang dia lakukan sekadar mahu menarik perhatian saya melalui Instagram. Terpulang pada penilaian orang yang melihat,” kata Che Ta yang dipetik dari portal Murai.com.

Adat menjadi artis di Malaysia, setiap perkara yang dilakukan oleh seseorang selebriti itu pastinya akan dicuit sedikit oleh orang ramai.

Umum sememangnya mengetahui Che Ta dan Zain mempunyai hubungan yang rapat tetapi tidak pernah bercakap secara terbuka sejauh mana hubungan mereka.

Atas tindakan yang dibuat oleh Zain itu, ramai yang sudah pasti antara Che Ta dan Zain mempunyai hubungan cinta yang sangat serius.

Tetapi, Che Ta enggan mengulas lanjut mengenai hubungan mereka selain mengakui mereka berdua amat rapat.

Malah, dia memberitahu Zain memuat naik gambarnya dengan ‘caption’ yang jiwang adalah salah satu cara untuk berkomunikasi dengan Che Ta.

“Sepertimana yang semua umum dan peminat tahu hubungan kami berdua memang sangat rapat. Itu sahaja yang boleh saya nyatakan. Tetapi saya tidak mahu komen lebih lanjut mengenainya.

“Kalau dilihat dari sisi negatif sudah pasti ianya akan ditafsir negatif. Tetapi pada saya dia sekadar mahu berkomunikasi dengan saya tetapi menggunakan medium tersebut (Instagram),” jelas Che Ta.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Add Comment


*