Sedia Menimang Cahaya Mata – Ella & Azhar

Ella & Azhar

 

KUALA LUMPUR – Ratu rock Malaysia, Norzila Aminudin, 46, atau mesra disapa Ella mengakui dia dan suaminya, Azhar Ghazali sudah bersedia untuk menimang cahaya mata selepas beberapa bulan bergelar suami isteri.

Ella menganggap rezeki dari Allah S.W.T untuk mempunyai cahaya mata sendiri adalah merupakan tanda kebahagian dalam hubungan suami isteri.

Malah, dia juga tidak putus-putus berdoa agar hajatnya itu dimakbulkan Tuhan.

“Ella bersedia sekiranya dianugerahi cahaya mata. Ella sememangnya menantikannya kerana itulah lambang kasih sayang kami.

“Terima kasih peminat Ella yang sentiasa mendoakan kebahagiaan Ella dan suami,” kata Ella yang dipetik dari laporan Sinar Harian.

Ella gembira kerana sejak bergelar isteri kepada Azhar, suaminya itu tidak putus-putus memberikan kasih sayang kepada dirinya.

Namun, adat dalam melayari bahtera rumah tangga, mereka berdua pernah berasa kekok untuk hidup bersama di awal perkahwinan mereka.

Ella dan Azhar mengambil pendekatan untuk berbincang bersama-sama bagi mengatasi masalah yang mereka hadapi.

“Kehidupan Ella sekarang bertambah baik, namun Ella masih lagi belajar untuk menjadi seorang isteri yang benar-benar terbaik untuk suami. Pada awal perkahwinan memang agak kekok, maklumlah ini kehidupan baru.

“Tapi Ella dan suami sering berbincang jika timbul sebarang masalah. Kerjaya kami yang berbeza bukan penghalang untuk kami berkomunikasi dengan baik,” katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

– Mynewshub

Add Comment


*