Sarah Hamil Anak Ke-2, Shuib Sepahtu Gembira

 

KUALA LUMPUR – Rancangan pasangan selebriti, Shuib Sepahtu dan Sarah Raisudin untuk menimang cahaya mata selepas anak sulung mereka, Uwais membesar dikabulkan Tuhan lebih cepat.

Baru-baru ini, Shuib dan Sarah menerima berita gembira apabila Sarah disahkan hamil dengan usia kandungannya mencecah dua ke tiga minggu.

“Alhamdulilah, sebelum kami berjumpa doktor dua hari lalu, Sarah sudah pun mengesan kehamilannya dengan menggunakan alat uji kehamialan di rumah.

“Kami sangat teruja dengan berita ini, walaupun pada awalnya kami merancang untuk dapat anak lagi selepas Uwais besar sedikit dan boleh sedikit berdikari, namun kami terima pemberian ini dan menganggap ia sebagai rezeki Tuhan,” kata Shuib yang dipetik dari portal Murai.com.

Shuib dan Sarah pernah meluahkan rasa antara mereka yang rindukan kehadiran seorang anak kecil dalam keluarga mereka.

Menerima berita gembira tentang kehamilan Sarah membuatkan perasaan mereka bertambah gembira kerana hasrat mereka itu akan tercapai.

Malah, berita itu juga dianggap sebagai hadiah hari lahir Shuib dan Sarah yang masing-masing menyambut hari bahagia itu dalam bulan September.

“Sebelum ini, saya ada meluahkan rasa pada Sarah yang saya rindu nak bermain dengan bayi kecil memandangkan anak kami pun sudah sedikit dewasa dan sudah mula pandai berjalan dan Sarah sebenarnya pun punya rasa yang sama.

“Jadi kami gembira dengan berita ini dan menganggap ianya sebagai hadiah harijadi kami yang cukup bermakna yang mana tarikha lahir kami masing-masing jatuh pada bulan September iaitu saya pada 12 September dan Sarah pada 15 September,” katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Sumber – Mynewshub

Add Comment


*