Natasha Hudson Melancarkan Label Dreamcloud

Natasha Hudson

 

Sudah seolah-olah menjadi trend pada zaman ini apabila setiap artis itu harus ada label jenama pakaian sendiri.

Kalau sejak dua menjak ni trend berhijab melanda beberapa artis, kali ini trend buka butik pakaian sendiri tidak kira secara atas talian mahupun membuka kedai pula melanda mereka.

Sama seperti Natasha Hudson yang baru saja berkahwin, dia kini dalam rangka mempromosikan rangkaian label fesyen miliknya, Dreamcloud.

Dreamcloud yang akan merancakkan lagi kehangatan industri fesyen tempatan dengan tawaran ceraian fesyen yang terdiri daripada skaf, blaus dan tali pinggang.
Bagi menimbulkan kelainan, Natasha memilih untuk menggunakan video bagi memperagaan barangan yang dijualnya itu.

Dia memperagakan sendiri skaf daripada labelnya beserta dengan bantuan selebriti lain seperti Cristina Suzanne.

Selain daripada video, Natasha juga ada membuat tutorial tentang cara melilit tudung.

Semua ini boleh anda tonton diĀ  www.vimeo.com/dreamcloud atau Youtube dengan carian dreamcloudvimeo.

Label ini akan dilancarkan tidak lama lagi, jadi awas sang hijabista dan fesyenista, kini anda punya pilihan baru untuk tampil chic seperti Natasha Hudson!

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

– mynewshub

Add Comment


*