Miera Liyana Cuba Nasib Jadi Penyanyi

Miera Liyana

 

KUALA LUMPUR – Mungkin rezeki yang murah buat pelakon muda dalam industri seni tanah air, Miera Liyana sekarang ini mencuba nasib untuk menjadi penyanyi pula.

Terbaru, Miera telah diberikan peluang untuk menyanyikan lagu utama dalam drama Psikik lakonannya sendiri.

Pada mulanya, Miera sememangnya terkejut kerana diberikan peluang untuk menyanyikan lagu tema drama itu memandangkan dia tidak pernah menyanyi.

Namun, kerana ingin mencuba bakatnya sendiri, Miera akur dan menggalas tanggungjawab membawa lagu itu dengan gayanya sendiri.

“Saya rasa terkejut juga la apabila dengan tiba tiba saja producer call saya suruh rakamkan lagu soundtrack untuk drama ini.

“Untuk lagu ini saja saya telah practice selama 3 minggu bagi mendapatkan kesesuaian vokal. Untuk makluman penonton lagu ni belum lagi keluar dimana-mana TV atau radio sebab drama Psikik ni pun masih belum ditayangkan. Tapi setakat yang saya tahu maklum balas yang diterima dari individu yang telah mendengarnya adalah positif,” kata Miera yang dipetik dari laman Buahmulut.com.

Mengakui dia juga takut sekiranya cubaan pertamanya dalam bidang nyanyian akan dikritik, Miera lebih mudah mengambil sikap positif kerana memikirkan orang ramai sememangnya suka mengkritik.

Malah, dia akan sentiasa mencuba lebih tenang dan tidak melenting sekiranya menerima kritikan yang negatif terhadap kerjaya nyanyianya.

“Kalau hebat dikritik sekalipun saya tetap dah bersedia untuk menerimanya. Bagi saya dikritik ini adalah satu perkara yang normal dalam industri ini sebab apabila sudah dikenali, orang akan sentiasa mahu mengkritik kita.

“Yang penting bagi saya lepas ni akan sentiasa cuba mengambil sikap tenang dan tidak cepat melatah berbanding dulu. Lagipun Lagu yang dibawa tidaklah tinggi nadanya seperti mana lagu Ziana Zain. Lagu yang saya nyanyikan ini melodinya lebih kepada rileks dan santai,” katanya.

Untuk makluman, drama Psikik telah pun ditayangkan bermula hari ini di saluran RTM 1.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Add Comment


*