Melissa Saila Berhijrah

Giliran Melissa Saila Berhijrah

 

Semakin lama semakin ramai artis yang berhijrah dengan mengenakan hijab.

Ia adalah satu perubahan yang bagus bagi industri seni tanah air.

Selepas beberapa orang artis seperjuangan memekai tudung, kini giliran pelakon, Melissa Saila, 40, pula menuju ke arah sama.

Menurut Melissa, dia mengakui hatinya lebih tenang selepas mula berhijab pada Jun lalu.

“Memang hasrat untuk bertudung dah lama kerana keluarga suami juga mempunyai latar belakang agama yang kuat. Saya memang dah pasang niat, umur 40 tahun, saya akan berhijrah.

“Alhamdulillah, segalanya telah termakbul dan saya selesa dengan penampilan sekarang. Keluarga pula turut menyokong usaha saya untuk berhijrah,” katanya yang dipetik melalu Media Hiburan, di sini, hari ini.

Tambahnya, selepas ini dia harus menjaga batas-batas agama dan cuma untuk belajar serta mendalami ilmu agama.

“Saya tidak mahu bersandarkan kepada tudung sahaja, biarlah ianya selari dengan tuntutan agama,” katanya yang dipetik menerusi Media Hiburan, di sini, hari ini.

elissa turut menjelaskan dia semakin membataskan dunia lakonan demi menguruskan syarikat produksi sendiri, Kus Semangat Aktor Sdn Bhd yang kini sedang sibuk menyiapkan dokumentari bertajuk ‘Hanya Saloma’.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

– mynewshub

Add Comment


*