HIBURAN Astro Miliki Hak Eksklusif Kisah Anak Zain & Che Ta

 “Ya, saya memuat naik gambar imbasan bayi dalam kandungan isteri saya, namun saya tidak boleh beritahu apa-apa juga tentang hal itu kerana ia akan disiarkan secara eksklusif di sebuah program terbitan Astro nanti.

Astro Miliki Hak Eksklusif Kisah Anak Zain & Che Ta

“Program lapan episod itu akan mendedahkan perjalanan bermula Rozita mengandung, persiapan bayi sehinggalah dia melahirkan bayi tersebut,”

Dalam pada itu, ditanya tentang perkembangn kesihatan isterinya, Zain memberitahu Rozita dan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat biarpun kandungan semakin membersar.

Katanya, dia juga mengakui rezeki semakin bertambah semenjak isterinya disahkan mengandung pada awal Mac lalu.

“Alhamdulillah, saya percaya rezeki anak kerana sejak isteri saya mengandung ada sahaja tawaran untuk kami berdua. Sepanjang tahun ini saya sibuk dengan drama Oh My English!.

“Setiap kali kami terima tawaran berlakon kami akan asingkn separuh daripada bayaran itu untuk simpanan bayi  sebab itu adalah rezeki dia,” katanya.

Astro Miliki Hak Eksklusif Kisah Anak Zain & Che Ta

Dalam perkembangan lain, Zain baharu sahaja pulang daripada penggambaran selama sepuluh hari di Istanbul, Turki untuk drama Bestora Cinta terbitan RTM.

Dia dan Rozita juga kini sibuk dengan beberapa penggambaran iklan televisyen sempena Hari Raya Aidilfiti.

Add Comment


*