Betty Banafe Dan Bruce Dargus Bakal Nikah Disember Ini

 

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe atau lebih dikenali Beet Banafe memberitahu dia bakal bernikah pada bulan Disember tahun ini.

Betty bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan, Bruce Dargus pada tarikh 8 Disember ini.

Dengan jodoh yang dipertemukan oleh Allah S.W.T, Betty bersyukur kerana doanya sewaktu menunaikan umrah pada tahun lalu untuk dikurniakan lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang dikabulkan Tuhan.

Dalam doa ketika mengerjakan umrah tahun lalu, saya mohon Allah pertemukan dengan jejaka jujur, bertanggungjawab dan berilmu.

“Saya tidak dambakan lelaki kaya, cukup jika dia berkeperibadian mulia, baik hati dan suka memajukan diri,” kata Betty yang dipetik dari Harian Metro Online hari ini.

Menceritakan detik perkenalannya dengan Bruce, Betty dan Bruce telah dikenalkan oleh teman masing-masing dalam pertemuan ringkas di ibu kota.

Hubungan mereka berlanjutan hingga ke peringkat yang serius di mana Bruce berani untuk melamarnya sebagai teman wanita.

“Tidak lama kemudian, saya bertemunya ketika keluar makan bersama kawan di KLCC. Dia kenalan kepada salah seorang teman dan baru berhijrah ke sini. Pertama kali bertemu, saya dapat rasakan keserasian antara kami malah terdetik di hati dialah orang yang saya cari selama ini.

“Selepas pertemuan itu, kami berhubung melalui telefon dan keluar bersama beberapa kali. Dia suarakan hasrat menjadikan saya teman wanitanya dan saya berterus terang kepadanya bahawa saya bukan mencari teman lelaki tetapi bakal suami. Saya sudah penat bercinta dan tidak mahu buang masa lagi,” katanya.

Bruce yang bersungguh-sungguh untuk menyunting Betty sebagai isterinya telah melamar pelakon wanita itu pada 28 Mei lalu.

Mereka kemudian mengikat tali pertunagan pada 14 Jun yang lalu.

“Mungkin sudah tertulis dia jodoh saya. Pada 28 Mei lalu, dia melamar dan ketika itu saya minta dia melamar sekali lagi di hadapan keluarga di Johor.

“Mulanya dia tidak faham dan selepas menjelaskan adat Melayu, dia datang bertemu keluarga pada 14 Jun lalu,” kata Betty.

Oleh: NAIMAH SHAARI

One Response

  1. Hawa 5 years ago

Add Comment


*