Benarkah Yuna Sudah Temui Pengganti Qi?

 

Beberpa bulan lalu, penyanyi serba boleh Yuna dikatakan telah putus cinta dengan pelakon dan pengacara, Qi.

Tetapi sejak beberapa minggu lalu, dia dikhabarkan sudah menemui pengganti baru.

Yang jelasnya, pengganti itu bukan dari kalangan rakyat tempatan, sebaliknya dari Amerika Syarikat.

Nama jejaka yang menjadi pilihan hati Yuna itu adalah Jules Schratter.

Malah, difahamkan Jules sebenarnya bertugas sebagai jurugambar peribadi Yuna.

Banyak mata yang perasan kelibat Jules yang mengikut Yuna pulang ke Malaysia. Memang lelaki itu sibuk merakamkan gambar-gambar Yuna yang sedang bertugas.

Melihat keintiman mereka, jelas sekali mereka tidak ubah seperti pasangan kekasih.

Namun, tidak tahulah sejauh manakah hubungan mereka. Tetapi jika dilihat melalui Instagram milik mereka, memang banyak gambar-gambar yang menunjukkan pasangan berkenaan.

Malah, terdapat sekeping gambar memaparkan koleksi buku di mana susunan paling atas itu adalah senaskah al-Quran.

Jules melalui satu catatannya mengakui belum sempat meneliti isi al-Quran namun tertarik untuk mendalaminya.

Mungkinkah itu tandanya kita semua akan mendapat khabar gembira daripada ‘pasangan’ ini tak lama lagi?

Dalam pada itu, dengarnya ramai juga yang kagum dengan Yuna kerana mampu ‘menjinakkan’ seorang lelaki berbeza agama dan nun jauh di benua lain.

Tapi kalau difikir-fikirkan semula, apa yang nak dihairankan…

Sebab ada yang kata, kalau Yuna mampu menawan dunia dengan karya dan muziknya, apalah sangat hati seorang lelaki daripada beribu-ribu yang berderet menunggu Yuna.

Tak gitu?

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Add Comment


*