Baajookoo – Bisnes Tiga Rakan Karib

Baajookoo - Bisnes Tiga Rakan Karib

Jika Sazzy Falak baru-baru ini tampil dengan jenama Street Fashion by Sazzy Falak (SF by SF), Dynas Mokhtar dengan Dynas Nursing Attire (DNA) dan Aishah Sinclair dengan Bhumi Batik kini mucul pula jenama Baajookoo milik tiga sekawan iaitu Atilia, Yasmin Hani dan Daphne Iking.

Mereka bertujuh ini, termasuk Serena C adalah dari geng Celebrity Love Pets (CLPT) tidak pernah duduk diam, ada saja projek yang mereka lakukan untuk mengembangkan minat masing-masing terutamanya dalam bidang fesyen.

Baajookoo masih lagi di bawah proses akhir sebelum ia diperkenalkan kepada umum. Ia adalah bisnes fesyen menerusi online khas untuk wanita moden masa kini.

Daphne Iking berkata, ilham melahirkan Baajookoo adalah salah satu usaha mereka bertiga bagi memenuhi kehendak peminat di laman Instagram dan Twitter masing-masing yang sering mengikuti peredaran fesyen mereka.

“Sebagai langkah awal, kita mahu melihat bagaimana permintaan orang ramai. Oleh kerana itu, kami menggunakan medium seperti Instagram, Facebook dan Twitter sebagai strategi pemasaran kami pada peringkat pertama ini.

“Terutama sekali Atilia dan Yasmin Hani yang mempunyai ramai pengikut di laman Instagram dan Twitter masing-masing. Jadi apa salahnya kita ajak peminat membeli pakaian kami,” kata Daphne yang dipetik melalui murai.com.my

Malah, sebagai langkah merealisasikan impian mereka itu juga, tiga sekawan ini sudahpun membuka akaun perniagaan bersama bagi memudahkan segala urusan kewangan perniagaan mereka itu kelak.

Perniagaan Baajookoo bakal dilancarkan pada bulan depan dengan harga yang berpatutan.

Sehubungan itu, buat masa ini anda boleh mengikuti Twitter dan Instagram mana-mana artis berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut atau like di Facebook dengan carian Baajookoo.

Selamat membeli-belah!

Oleh : Nurul Nafisah Mazlan

Add Comment


*