Ayu Raudhah, Saya Anggap Sudah Selesai

 

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita, Ayu Raudhah Che Wan, 28, yang juga biras kepada Rita Rudaini menganggap pertelagahan antara dirinya dengan pelakon wanita itu sudah pun selesai.

Sebelum ini, Ayu dan suaminya, Zaquan Adha mengeluarkan kenyataan ingin berbaik dengan ipar mereka itu selepas sudah lama berperang tanpa suara.

Kenyataan itu telah disambut dingin oleh Rita berikutan merasakan pasangan itu tidak ikhlas berbaik dengan dirinya.

Malah, keenganan Rita untuk berjumpa dan berbincang dengan lebih lanjut tentang kontroversi keluarga mereka membuatkan Ayu berfikir tiada apa-apa lagi masalah timbul antara mereka selepas ini.

“Saya anggap apabila dia (Rita) tidak mahu jumpa saya untuk berbincang, isu ini selesai, lagipun dia cakap tulisannya di Twitter tiada kaitan dengan saya,” kata Ayu yang dipetik dari Kosmo Online, har ini.

Rita turut mengatakan dalam kenyataan balas keingin Ayu supaya tidak lagi menganggu dia dan anak-anaknya.

Justeru, Ayu menghormati kehendak Rita dan mendoakan kebahagian Rita dan anak-anaknya.

Ayu juga tidak mahu ada apa-apa lagi isu yang dikaitkan antara mereka yang mampu mencetuskan pergaduhan dan pertelagahan lagi.

“Saya hormati pendiriannya untuk tenang bersama anak-anaknya begitu juga saya, harap tiada apa-apa berkait lagi,” katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Add Comment


*