ARTIS Zara Zya Didakwa Mempunyai Nafsu Songsang?

Eh, Zara Zya bernafsu songsang? Kenapa tiba-tiba dibangkitkan isu begini? Oh rupanya, satu forum hiburan telah memberi petanda tentang seorang pelakon baru yg mempunyai hubungan songsang dan sejelasnya menunjukkan itu adalah Zara. Betul ke? Apa penjelasan Zara?
 Zara Zya Didakwa Mempunyai Nafsu Songsang?, pelakon, hiburan, info, terkini, gossip,
“Ha? Memang taklah saya ni lesbian. Makin bertubi-tubi pula cerita berunsur negatif pasal saya sejak akhir-akhir ni. Mentang-mentanglah saya tak kahwin lagi, ada pula pihak yg cuba finah saya cakap saya lesbian.”

“Saya tak tahu punca sebenar mereka dakwa saya lesbian sebab gosip itu bukan datangnya daripada saya, kena tanya mereka yg mulakan cerita.”Zara Zya Didakwa Mempunyai Nafsu Songsang?

“Tetapi mungkin sebab saya selalu dengan PA dan manager saya pula tomboy, mungkin daripada situ timbul dakwaan saya ni lesbian.”

Tambahnya terlanjur bercerita tentang lelaki pilihan hidupnya, “Saya tak boleh nak jangka masa depan saya macam mana. Tapi buat masa sekarang ni, saya lebih selesa hidup single. Saya nak kumpul harta dulu. Wanita sekarang tak boleh bergantung harap pada lelaki, mesti kena ada harta sendiri dulu.”

“Lagipun saya ni anak bongsu, manja dan sangat rapat dengan mak saya. Sampai saya pernah tanya mak saya bila saya nak kahwin. Saya takdelah nak memilih sangat soal jodoh. Bukanlah nak yg kaya-raya, janji orang itu berkemampuan dan boleh jaga saya.”

Add Comment


*