ARTIS Nora Danish Kecewa Di Khianati Rakan Artis?

 “Saya tak kacau hidup mereka. Kalau betul (dakwaan), memang saya rasa dikhianati oleh kawan-kawan begitu.”

Nora Danish Kecewa Di Khianati Rakan Artis?

Itu luahan pelakon Nora Danish yg terkilan dengan dakwaan mengatakan beberapa rakan artis yg rapat dengannya selama ini dipercayai mulai menjauhkan diri kerana tidak menyenangi sikap aktres itu yg terlalu menonjolkan kisah peribadi termasuk hubungan cintanya dengan usahawan Nedim Nazri di media sosial.

Nora, 32, berkata, dia yg tidak pasti mengenai kesahihan perkara itu berasa terkejut dengan dakwaan terbabit jika ia benar berlaku.

“Saya sangat terkejut kalau ya benda ini timbul. Saya hanya nak menjalani kehidupan yg bahagia dan tak ganggu sesiapa pun.

“Saya tak nak tahu pun sebenarnya (dakwaan itu). Biarlah kalau ia memang benar, mungkin mereka iri hati dengan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem terbarunya, Pengantin Malam di TGV Sunway Pyramid di sini, malam kelmarin.

Sumber mendakwa, rakan artis itu juga dikatakan saling berkomplot dan memulaukan Nora kerana sikapnya.

Baru-baru ini, salah seorang kenalan rapat bekas isteri Nedim juga difahamkan memuat naik satu mesej sindiran kepada Nora.

Terbaru, Nora memuat naik dua keping gambar di Instagram pada tengah malam kelmarin yg menyatakan perasaan terkejutnya dengan persoalan diajukan media mengenai isu terbabit.

Nora turut mengingatkan agar media tidak menulis artikel yg boleh mengeruhkan keadaan berikutan dakwaan yang timbul itu.

Katanya, reaksi dan kecenderungan segelintir pihak yg mempunyai persepsi negatif terhadap setiap perkongsian sosial yang dilakukannya membuatkan dia berasa sedih dan kecewa.

“Saya sedih sebenarnya. Apa lagi bila segelintir pihak terutama remaja yg komen negatif terhadap apa juga gambar atau status saya,” katanya.

Add Comment


*