Artis K-POP Tukar Jantina

 

Harisu adalah selebriti Korea pertama yang seorang transgender. Ia yang lahir dengan nama Lee Kyung Yeop memutuskan untuk menjalani pembedahan pertukaran jantina tahun 1995 kerana tertekan oleh pandangan umum.

Lahir 17 Februari 1975, Harisu menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki, memasuki sekolah rendah dan menengah khusus lelaki. Namun ketika itu, orang-orang di sekelilingnya sudah menyedari bahawa dia sering bertingkah laku seperti perempuan.

“Saya selalu jadi anak perempuan yang suka bermain dengan anak patung,” ujar Harisu ketika wawancara bersama Chosun.

Suatu hari, Harisu jatuh cinta dengan seorang lelaki. Namun kerana lelaki berpasangan dengan lelaki sukar diterima masyarakat ketika itu, kedua-duanya pun memutuskan hubungan. Sejak itu, Harisu bertekad untuk menjadi seorang perempuan.

“Ketika itu saya berusia 17 tahun. Pada mulanya saya tidak mahu menjadi seorang perempuan. Saya lebih suka dengan keadaan sebagai lelaki dan tak perlu berubah. Tapi jatuh cinta pada seorang lelaki dan dia tidak menerima cintaku. Di situ saya tahu jika tak mengubah jantina, saya tak akan bahagia, “katanya pada Asiaweek pada 2001.

Harisu kemudian menjalani pembedahan pertukaran jantina pada 1995. Kemudian menjalani pembedahan payudara, hidung, dan pinggul di Korea dan Jepun sekitar tahun 1998.

Keputusannya ditentang keluarga. Hubungan dengan ibu bapa pun menjadi renggang. Si ayah tak boleh menerima anak lelakinya akan berubah menjadi seorang perempuan. Namun lama kelamaan si ayah akhirnya boleh menerima. dan Harisu pun boleh kembali bersama keluarganya.

Harisu adalah orang kedua di Korea yang secara rasmi diubah jantinanya. Mengubah nama lelakinya, Lee Kyung Yeop menjadi nama perempuan Lee Kyung Eun.

“Hal yang biasanya paling memalukan adalah ketika saya harus menunjukkan kad pengenalan apabila minta. Saya tak layak memohon pasport, visa dan membuka akaun bank sendiri kerana nama saya masih tercatat sebagai lelaki,” ujarnya.

Harisu terkenal di dunia nyanyian pada tahun 2001 dan menerbitkan 5 album.

Harisu berkahwin dengan Micky Jung tahun 2007

One Response

  1. LOLA 5 years ago

Add Comment


*