Adira – Percintaan Saya Dan Aliff Hanya Dalam Drama

Percintaan Saya Dan Aliff Hanya Dalam Drama, Nafi Punca Perpisahan

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi cantik Adira dengan Aliff Aziz memang bercinta tapi ia hanyalah sekadar untuk menjayakan watak masing-masing dalam drama berjudul Tiara selepas mereka digandingkan bersama sebagai pasangan hero dan heroin.

Tidak mahu dilabel sebagai wanita jahat yang menjadi punca perpisahan Aliff Aziz dan Anne Ngasri, pelantun lagu Ku Ada Kamu, Adira menafikan mempunyai hubungan cinta sebenar dengan penyanyi yang berasal dari Kota Singa itu.

“Sebolehnya saya tidak mahu ada kaitan dengan cerita perpisahan Aliff dan Anne. Saya tidak kacau pun percintaan mereka. Im not that type of person. Saya hanya menjadi kekasih Aliff untuk drama Tiara yang bakal disiarkan pada 22 Oktober depan di Astro Prima.

“Terus-terang, saya dan Aliff hanya kawan biasa saja. Saya pun tiada masa nak ambil tahu tentang mereka. Apatah lagi bertanyakan tentang hal putus cinta itu. Saya hanya ingat keadaan mereka okay saja.

“Ketika berlakon dengan Aliff, saya tidak tahu pun dia ada masalah dengan Anne. Kalau saya nampak dia murung pun, saya anggap ianya hanyalah perkara yang biasa dalam percintaan. Sekali lagi, saya tidak mahu campur tangan dalam urusan orang lain,” kata Adira ketika dihubungi murai.com.my.

Dalam pada itu, Adira berani menjamin bahawa hubungannya dengan Aliff tidak akan berubah menjadi cinta lokasi walaupun pada dasarnya mereka agak sukar mencari chemistry dalam drama berkenaan.

“Saya guarantee, hubungan kami tidak akan berubah menjadi pasangan kekasih di luar lokasi. Perasaan cinta hanya wujud dalam drama saya. Saya pun bercinta dengan dia untuk drama saja. Tidak lebih dari itu.

“Saya hanya lakukan semua ini atas dasar kerja. Saya tidak boleh menolak tanggungjawab sebagai pelakon. Sewaktu shooting pun, saya berkawan dengan semua orang dan bukan dengan Aliff seorang saja.

“Terus-terang, saya tidak ada keluar dengan dia apatah lagi hubungi dia. Saya menafikan gosip ini kerana ia tidak wujud langsung,” jelasnya.

Menyentuh mengenai lagu yang digembar-gemburkan itu, Adira mengakui ada berduet dengan Aliff dalam sebuah lagu berjudul Keajaiban Cinta.

“Lagu ini tidak sama dengan lagu Ombak Rindu. Lagu Keajaiban Cinta dicipta sepenuhnya oleh Manusia Putih dan menjadi lagu OST drama Tiara. Saya harap lagu ini tidak menimbulkan kontroversi kelak kerana ianya hanya sekadar lagu saja,” ujarnya.- Murai.com.my

Add Comment


*