Aaron Aziz Jadi Penyampai Radio Pula?

Aaron Aziz Jadi Penyampai Radio Pula

Kalau orang tengah popular, biasalah semua orang berlumba-lumba cuba mendapatkan mereka ini. Tengah ‘hot’ la katakan.

Tapi macam biasalah, nanti dah tak popular mereka akan semakin dilupakan walaupun sebenarnya bakat itu masih ada. Industri seni di Malaysia memang macam ni.

Kalau bercerita mengenai artis ‘hot’ pada zaman kini, siapa lagi kalau bukan milik jejaka kacak dari Singapura, Aaron Aziz.

Dia yang sudah mendapat kad penduduk tetap di Malaysia sejak Jun lalu, kini telah disambar radio Era FM untuk menjadi Dj dengan mengendalikan segmen Doktor Cinta bersama seorang lagi penyampai iaitu Shac!

Wah! Suka la tu peminat-peminat Aaron.

Bagi peminat yang mahu bercakap dengan Aaron anda boleh hubungi radio Era nanti.

Aaaron akan cuba menjawab semua panggilan dari peminat yang sedang menghadapi masalah serius dalam bercinta.

Segmen itu akan bermula pada 14 September ini dari pukul 9 hingga 11 malam.

Naiklah lagi rating radio Era selepas ini.

 

Oleh: Kasih Isa

Add Comment


*